Saturday, December 26
Karya Agung
Akan
10 terbaik hari ini
- I'm disappointed
- I feel left down
- I'm hopefull
- I'm not in love
- I'm waiting for something
- I'm longing for something
- I'm okay
- I'm nervous
- I obses over things i cant control
- I'm ready
- I love someone who indifferent to me
- Things are moving forward
- I'm overwhelmed, in a good way
Princess Diaries
mula membelek diari lama tahun lepas memang pecah perut bila baca ayat semua macam palat sumpah tak matang
cerita yang entah apa apa tulisan macam itik gambar tetap cantik tapi semua bajet muka budak belum akil baligh
Konon semua luahan perasaan tapi semua aku rasa macam budak otak tak fikir jauh macam sekarang ye la baru 16 tahun kan
tapi bila tengok balik huh kreatif jugak aku hahaha
kalau anda nak baca jumpa saya dan sila tutup mata baru baca
sekian diari pendek
p/s-malu
: )
Fire
Sometimes i pretend to be normal
but its get boring
so i going back to being me
and i wish i could record my dreams
and watch them later
thats sooo stupid
so just forget about it
sekian drama bersiri
p/s-webmania
: )
Friday, December 25
Kerak
Keliru tanpa reaksi
respon diberi tiada berpaksi cuma hanya dengan sedikit aksi
kita tak akan faham apa yang dah jadi
cuma buang semua yang cerita yang dah basi
sedikit ruang untuk bermonolog walau aku faham sendiri
Emira jadi diri sendiri semula tanpa sesiapa menyokong untuk berdiri
selepas ni semua akan dilakukan sendiri jatuh bangun sendiri
tak payah nak sedih mati laki mati bini
aku jadi gembira berseri
tak payah nak perli tak payah nak maki mari kesini tengok sendiri bukti untuk lebih pasti.
sekian syair si pari pari
p/s-ayat kabut
: )
Lampu
Nada Dering
Januari
Semua dah jelas semua dah beres tak payah nak belit lidah terangkan
cuma nak bagitahu kita dah dijauhkan
15 Julai - 20 December 2009
5 bulan 4 hari
no more anak thambi no more anak samy
semua dah jadi melayu tulen balik
selamat kembali kedunia anda yang sepatutnya anda dapat dari dulu
terima kasih kepada yang dah marah aku sampai aku kena maki sampai aku kena bodoh sampai aku bangang
semua tu akan anda kena balik aku tak doa tapi itu balasan
sekian filem romantis
p/s-pendrive hilang lagi
: (
WEYH
Lupakan seketika girlfriend dan boyfriend anda hayati tahun ini bersama 12 bulan dengan hari hari terakhir bersama saya.
Haahahahah
Januari
Lulus ujian memandu dan berjaya dapat sekeping kad yang melayakkan aku memandu di jalan besar seperti orang lain.Tahun baru yang aku mulakan bukan sebagai seorang pelajar sekolah dan bukan bersama baju seragam kain biru muda yang masih tergantung kemas didalam almari.Perasaan tamat persekolahan sangat seronok keluar sana keluar situ keluar sini lupa dunia lupa rumah seketika.Bagi aku bulan ini semua nya baik belaka tanpa ada kekacauan emosi.
Februari
Bulan kedua aku dirumah tanpa melakukan sebarang aktiviti berfaedah mahupun mencari wang saku sendiri seperti orang lain yang mula bekerja mengisi masa terbuang sia sia.Bebas memandu kemana sahaja dengan lesen yang sangat dibanggakan.Bulan yang aku tak berapa nak ingat sebab aku dah lupa hilang ingatan.
Mac
Bulan ketiga setiap tahun yang mana berlambak manusia keliling aku sambut hari ulang tahun kelahiran bulan ini sangat la kena berjimat membeli hadiah pelbagai memang muflis bulan ni.Bulan aku dapat keputusan SPM yang agak boleh aku senyum sampai telinga sebab apa yang aku bayangkan tak jadi dan lain yang jadi dan itu sangat bagus dan hebat.Jumpa mata ke mata mereka yang dari MUMU memang sangat kelakar sebab setahun kawan baru dapat temgok mereka secara lansung dan tak seperti lain bebeno dari apa yang aku bayangkan.Apa pun mereka the best boy i ever meet.Rindu kamu semua dan mereka serta anda.
April
Umur semakin lanjut apabila tiba tarikh 12 April (harap anda jangan lupa kerana tidak lama lagi).Hari jadi seronok dapat sebijik henpon idaman dan beberapa helai wang tunai yang sangat tinggi nilainya.Bulan senyum bulan bahagia tapi hati berdebar menunggu keputusan UPU.
Mei
Dapat tawaran Unisel pergi daftar pergi orientasi dapat kawan baru sangat suka duka dan banyak benda baru aku belajar untuk hidup jauh dari keluarga dari rumah.Baru kenal erti dunia luar baru tahu semua tentang hidup yang selama ini memang tak berkembang lansung.Bulan ini seronok dan aku jadi seorang pelajar masscom.
Jun
Masih sama seperti bulan sebelumnya masih seorang pelajar masih belajar dan masih seorang.Tak ada yang menarik cuma bersama kawan yang masih belajar kenal sesama sendiri.
Julai
Bulan sedih bulan hilang dan bulan air mata.Kawan baik pindah jauh tinggalkan semua kat sini sumpah sedih tahap yang tak dapat dikenal pasti lagi sampai mata bengkak sampai tak mahu nak bercakap dan bila difikir semula memang bodoh.Pertama kali hadapi peperiksaan dan bagi aku senang kalau belajar.Hilang kawan tapi dapat orang baru yang datang memang saja nak cari nahas dan aku jadi dia dan dia jadi aku.
Ogos
Secara rasmi aku couple dengan lelaki yang aku anggap sangat la bijak lagi sana.Bulan ni aku masuk wad operate tonsul yang dah beranak pinak dalam tekak aku yang paling suka dia jaga aku di hospital dan waktu tu aku cuti sem.Thanks awak saya ingat lagi.Cuti sem memang bosan sambil tunggu keputusan dan akhirnya mendapat dekan tapi sem pendek boleh la cakap dekan ke pekan ke apa ke sebab 2 subjek je makcik pakcik oi.Perasaan tak sabar masuk sem baru tapi dihancurkan perasaan itu bila dapat berita kena pindah keluar dari MAIS dan mula melilau cari rumah sewa tapi dapat rumah macam palat tingkat 5 sumpah penat bodoh.
September
Belajar banyak sangat benda baru dapat kawan baru lagi sem 2 dimulakan dengan perasaan haih menyampah aku.Duduk rumah sewa memang menyampah aku tak suka dan tak akan pernah suka sampai sekarang.Sem 2 yang memenatkan sebab banyak sangat main banyak sangat habis kan duit banyak sangat sifat malas.
Oktober
Bertambah sengsara dengan situasi kewangan yang merundum gara gara tak reti berjimat terlalu boros ikut cakap setan.Bulan penat banyak kerja banyak projek banyak main lagi sebab tak sedar diri lagi dan ada beberapa ujian yang telah dijalani untuk setiap subjek sumpah menyampah jugak.Bulan ni macam macam peristiwa tak didingin terjadi berkenaan hati jiwa dan raga huh memang tak pernah nak habis.Disini terwujud la sekumpulan monster yang konon akan dilawan oleh beberapa kerat superhero tapi semua nya musnah ditolak oleh monster.
November
bulan kedua terakhir bulan paling penat paling rajin dan paling suka sebab bulan terakhir untuk sem 2 tapi perlu menghadap dulu 5 kertas peperiksaan dan bagi aku semua aku boleh jawab dengan senyum yang lebar.November jugak dah tunjuk mana satu lawan dan mana satu lawan sebab semua dah nampak dalam bulan ini semua dah keluar bulan ini jadi kena hadapi jugak dan jangan diulang untuk sem 3 nanti kalau tidak nahas semua.
Disember
Aku suka sebab bulan bebas dari belajar tapi bulan 12 tahun ini aku tak suka sebab aku tak dapat nak jadi reporter lagi untuk panda kurus aku yang jauh tu dan memang benda yang tak pernah aku nak dan bulan aku kena marah dengan semua orang sebab benda tu.Haih nasib badan tapi aku suka sebab bulan nih la aku bole dapat apa sahaja aku nak sebelum aku disumbat kedalam lokap yang berada di tingkat 5 tu.Akhir tahun hari hari terakhir tahun 2009 aku sedih macam macam jadi dan aku takut aku akhirkan tahun ini dengan keputusan peperiksaan yang tak memuaskan hati banyak pihak.
karangan berjela suka baca tak suka skip sahaja
aku harap 2010 jadi tahun yang banyak untung banyak kaya banyak mewah dengan semuanya.
sekian karangan 5 muka surat
p/s-penat jari perah otak
: )
Bawah Pokok
Seronok bila bangun pagi ada hadiah misteri menanti bawah pokok hijau dan bila kita buka adalah apa yang kita idam.Kan seronok kalau aku bangun pagi nampak satu kotak bawah pokok mangga depan rumah bila bukak ada sebijik DSLR??Ouh memang ajaib dan aneh kalau terjadi tragedi begitu mimpi aje la cik emira.
Hari ini online seperti biasa macam hari hari yang lepas tak pernah rasa seronok sebab semuanya bosan sebab tak tahu nak buat apa bila online melainkan menguruskan perniagaan kafe yang terbengkalai di muka buku kemudian menjadi pengintip kepada beberapa blog kegemaran dan akhirnya disini lah tempat terakhir.Bosan esok mungkin mengekor mereka yang masih bersekolah mencari membeli dan menyibukkan diri untuk membeli keperluan sekolah sebab cuti musim sejuk hampir tamat jadi kembali lah anda ke sekolah itu.Sebut tentang sekolah aku nak cakap sekolah aku dah cantik menawan tiada lagi kelas reban ayam kandang kuda dan kelas banjir.Syabas sekolah kerana berjaya mengupgrade kan diri anda.
sekian sekalung kalung penghargaan
lalalalalala
fullstop
p/s-gelak setan
: )
Thursday, December 24
Godek Godek
Godek korek jelajah melalui apa yang Wafiey sediakan di blog ibu jari beliau dan jatuh hati dengar suara yang boleh dikatakan bapak best weyh kedengaran di telinga.
Credit to Wafiey!!
Klik Klok di sini song
dengar hayati suara merdu apabila lagu kegemaran dinyanyikan
Sam Tsui was singing You and I Both song from Jason Mraz sumpah angau sumpah otak ikut sekali dengan lagu irama gitar akustik.
Terasa nak berduet dengan dia tapi lupa nak mintak num fon hahaha.
sekian lagu kedengaran
lalalalalala
fullstop
p/s-down
: )
Berenang
Aku tak perlukan LOVE sekarang ni even aku rasa bosan tapi biar aku macam ni dulu aku tak nak terhegeh hegeh cari biar datang sendiri biar muncul sendiri
kau tak payah la susah perah otak fikir untuk aku sebab kau bukan siapa siapa untuk aku dan yang aku perlu sekarang kawan dan mereka yang tersayang untuk aku cerita dan kongsi walaupun aku tahu mereka bosan dan muak nak dengar cerita aku.Bagi aku selagi mereka tak cakap mereka bosan aku akan terus bercerita dan berdiskusi dan bila mereka bosan aku pergi tinggalkan mereka dan cari orang lain.Hidup memang macam ni seorang pergi berpuluh datang dan aku tak pernah risau bila aku akan kehilangan seseorang dari hidup walau aku tahu benda tu pedih dan sakit.Ini barulah namanya hidup semua kita rasa suka seksa pedih bahagia dan kita kena rasa baru kita sedar diri baru kita celik mata kalau tak kita hidup dalam dunia sendiri tak berkembang tak bermoral dan tak berprinsip.
sekian matlamat hidup.
lalalala
fullstop
p/s-peterpan
: )
Dunia Baru
Tahun 2010 akan muncul 2009 dah nak tutup
orang lama pergi orang baru datang orang lama tak lupa orang baru kita rapatkan
jadi baru semua baru jangan buat perkara jahat baru sebab akan jadi ketagih sepanjang tahun
tahun baru untuk cari seorang yang baru bukan untuk ganti yang lama tapi untuk buat kita senyum dan rasa semua yang gembira untuk tahun baru
ayat terbalik macam rasa nak mati sebab diri semakin bosan tahap nak mati
dengar baca dan lihat perkataan BARU sampai mati
sekian perhentian ke 467
lalalala
fullstop
p/s-sayang aku rindu tu
: )
Otak Beku
kenapa kau ambil berat sangat pasal aku
kenapa kau risau sangat kalau aku menangis
kenapa kau gembira sangat bila aku kata aku bukan dia punya
kau ada muslihat ke
aku takut nak tau dan mungkin tak akan rasa hendak tau
kalau aku tahu ada apa apa nahas kau budak
sekian ugutan bunuh
lalalalala
fullstop
p/s-demam
: )
Duyung
Kita semua pandai bijak belaka tapi kita sendiri yang bodohkan diri sendiri
jangan sekali salahkan orang lain kalau kita tak dapat apa yang kita nak sebab tuh semua depends on usaha kita sendiri
its fate dan jangan salahkan takdir
kalah bangun sendiri usaha sendiri
semua kena sendiri jangan harapkan orang sebab kadang kadang orang yang kita harap pun tak boleh di harap.
sekian ucapan persidangan
lalalalala
fullstop
p/s-rehat
: )
Tuesday, December 22
Everlast
Pertandingan
Aku bosan aku buka website youtube aku taip realiti dan keluar macam macam rancangan realiti.Aku tengok setiap satu video tu dan setiap video adalah pertandingan berbeza menyanyi berlakon peragaan dan lain lain yang boleh dijadikan realiti.Semua peserta ada kelebihan dan kekurangan seperti juga manusia di dunia ini semua buat silap dan semua ada kebaikan sendiri.Berbalik kepada cerita setiap kali aku dengar komen komen juri pengkritik mahupun hakim semuanya pasti ada menyebut find your x-factor.Aku terpinga pinga terkebil kebil bila mereka sebut x-factor sebab setahu aku itu nama sebuah rancangan dan walaupun dulu aku pernah menonton rancangan realiti yang menyatakan perkara yang sama aku masih tak faham,mungkin banyak makan maggi kari dan tomyam.
Lepas menonton baru aku faham x-factor adalah satu kekuatan atau kelebihan diri yang ada pada diri sendiri dan kita kena explore sendiri supaya kita tahu apa yang kita ada dan apa yang orang lain tidak ada tapi kita punyai ia.Baru sedar dan terasa aku tak pernah cari apa x-factor diri sendiri dan mungkin selepas ini aku cuba mencari dan akan mencari sehingga jumpa supaya dapat bezakan aku dan orang lain.
sekian kesedaran diri
lalalalala
fullstop
p/s-gelang kaki
: )

























